awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza

Bernama
Bernama
05/12/2024
11:15 MYT
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung PBB menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi. - Gambar fail/ AP
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Wakil Tetap Negara Palestin ke PBB Riyad Mansour menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap penduduk awam Palestin berterusan tanpa henti selepas 424 hari, melanggar semua peraturan undang-undang antarabangsa dan melintasi semua garis merah.
Beliau menyeru semua negara untuk menggunakan pengaruh mereka bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, menekankan bahawa mencapai gencatan senjata segera dan tanpa syarat adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini dan melindungi nyawa.
Beliau menyatakan Perhimpunan Agung telah mengundi semalam dengan majoriti besar menyokong untuk menamatkan kehadiran haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki dan memihak kepada persidangan antarabangsa peringkat tinggi untuk melaksanakan resolusi PBB, terutamanya yang berkaitan dengan penyelesaian damai isu Palestin dan penyelesaian dua negara.
Beliau juga menegaskan bahawa pencapaian hak-hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri dan hak kembali, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, adalah satu-satunya cara untuk mengubah rantau itu.
Tambahan pula, beliau menyatakan mencapai keamanan di rantau itu boleh menyumbang kepada perubahan dunia.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#sesi khas tergempar
#Gaza
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan