awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian belanjawan dwipartisan sedia dibawa ke Kongres - Biden

Bernama
Bernama
29/05/2023
05:40 MYT
Perjanjian belanjawan dwipartisan sedia dibawa ke Kongres - Biden
Biden (foto) berkata teks perjanjian belanjawan dwipartisan yang disepakati dengan Speaker Dewan AS Kevin McCarthy akan dibawa ke Kongres untuk kelulusan. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata teks perjanjian belanjawan dwipartisan yang disepakati dengan Speaker Dewan AS Kevin McCarthy akan dibawa ke Kongres untuk kelulusan, lapor Sputnik.
McCarthy berkata perjanjian itu dijangka dibawa ke Kongres pada Ahad dan Ahli Parlimen akan mengundi teks itu pada Rabu.
"Kami ada berita baik ... perjanjian belanjawan dwipartisan bersedia untuk dibawa ke Kongres dan saya fikir ia adalah satu langkah yang sangat penting," kata Biden kepada pemberita pada Ahad.
Presiden berkata perjanjian itu bertujuan melindungi pemulihan ekonomi negara dan tidak semua pihak akan mendapat apa yang mereka inginkan.
"Speaker dan saya telah menjelaskan sejak dari awal bahawa satu-satunya jalan ke hadapan ialah perjanjian dwipartisan. Perjanjian itu kini diserahkan kepada Dewan AS dan Senat dan saya gesa kedua-dua dewan untuk meluluskan perjanjian itu," kata Biden.
Biden berkata: "saya tidak membuat sebarang kompromi pada siling hutang tetapi berkompromi pada belanjawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#belanjawan dwipartisan
#Kevin McCarthy
#kongres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan