awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza

Bernama
Bernama
19/10/2024
12:32 MYT
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza
Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya. - Gambar fail/AP
GAZA: Syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel Group) mengumumkan gangguan sepenuhnya perkhidmatan internet di wilayah utara Semenanjung Gaza yang telah mengalami pembunuhan beramai-ramai berterusan dan pemindahan paksa oleh pasukan pendudukan selama 15 hari, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya, dengan menyatakan bahawa kru syarikat sedang bekerja keras untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin."Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata,
Gangguan komunikasi dan internet di beberapa kawasan di kem Jabalia menjejaskan keupayaan rakyat untuk berhubung dengan kru pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan.
Sejak bermulanya pencerobohan pasukan pendudukan pada 7 Oktober tahun lalu, perkhidmatan komunikasi dan internet di Gaza telah terganggu beberapa kali akibat pengeboman berterusan yang menjejaskan infrastruktur rangkaian komunikasi, atau akibat kehabisan bahan api.
Paltel sebelum ini mengumumkan kematian beberapa pekerjanya semasa mereka sedang bekerja untuk memulihkan komunikasi bagi rakyat di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan Internet
#Semenanjung Gaza
#internet putus
#paltel group
#Utara Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan