awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK

Bernama
Bernama
03/01/2024
13:43 MYT
Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Kelewatan pengangkutan akan berterusan pada Rabu walaupun perkhidmatan kereta api kembali beroperasi selepas hujan dan angin kencang disebabkan oleh Ribut Henk melanda sebahagian besar Britain. - Gambar fail/AP
LONDON: Kelewatan pengangkutan akan berterusan pada Rabu walaupun perkhidmatan kereta api kembali beroperasi selepas hujan dan angin kencang disebabkan oleh Ribut Henk melanda sebahagian besar Britain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.
Rangkaian kereta api United Kingdom (UK) terjejas akibat banjir dan gangguan bekalan elektrik pada petang Selasa, dengan banyak pengendali melaporkan masalah berterusan bagi perjalanan sebelah pagi.
Pengendali kereta api Greater Anglia berkata pihaknya masih mengalami gangguan teruk dengan menasihatkan pengguna untuk mengelak beberapa laluan.
South Western Railway pula berkata gangguan yang dikaitkan dengan ribut itu mungkin berterusan sepanjang hari.
Menurut National Highways beberapa jalan utama di England ditutup.
Sebanyak 330 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England.
Selain itu sebanyak 140 panggilan berkaitan banjir diterima Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire dalam tempoh 24 jam lepas.
Sementara itu, Energy Networks Association berkata sekurang-kurangnya 10,000 pelanggan terputus bekalan elektrik pada pagi Rabu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ribut UK
#perkhidmatan kereta api terjejas
#Ribut Henk
#amaran banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan