awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan barang kemas di India susut 48 peratus

Bernama
Bernama
29/10/2020
20:57 MYT
Permintaan barang kemas di India susut 48 peratus
Permintaan emas di peringkat dunia juga merosot sebanyak 19 peratus tahun ke tahun kepada 892 tan bagi suku ketiga berikutan ketidaktentuan akibat COVID-19. -Gambar hiasan
NEW DELHI:Permintaan terhadap barang kemas emas di India merosot 48 peratus bagi suku ketiga Julai hingga September lepas berbanding tempoh sama pada 2019 susulan sentimen pengguna yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
Kalangan penggunanya juga berdepan sekatan pergerakan serta peningkatan mendadak harga emas yang tidak dijangkakan di India -- pasaran kedua terbesar dunia bagi jongkong emas, demikian menurut Majlis Emas Dunia (WGC) pada Khamis.
Permintaan bagi suku tahun ke tahun itu susut 48 peratus kepada 52.8 tan.
"Walaupun dalam musim tengkujuh yang dilihat lebih positif, keyakinan pengguna sebaliknya masih terus dipengaruhi oleh impak ekonomi akibat pelaksanaan langkah-langkah bagi membendung pandemik itu," kata WGC.
Secara keseluruhannya permintaan emas di India juga susut sebanyak 30 peratus kepada 86.6 tan bagi tempoh Julai hingga September berbanding tempoh sama tahun lepas.
Selain itu, permintaan emas di peringkat dunia juga merosot sebanyak 19 peratus tahun ke tahun kepada 892 tan bagi suku ketiga berikutan ketidaktentuan akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barang kemas
#emas
#India
#COVID-19
#sentimen pengguna
#jongkong emas
#permintaan emas
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan