awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pakej penyelamat Cyprus ditolak

Agensi
Agensi
19/03/2013
23:11 MYT
Permohonan pakej penyelamat Cyprus ditolak
Hasrat Cyprus untuk mendapat pakej penyelamat daripada tabung kewangan antarabangsa dan sekutu Eropah bagi menangani krisis kewangan tidak kesampaian selepas satu rang undang-undang kontroversi ditolak oleh ahli-ahli parlimen.
Di bawah rang undang-undang terbabit, Cyprus hanya layak mendapat bantuan kewangan jika cukai deposit dikenakan ke atas semua akaun bank.
Rang undang-undang berkenaan yang dipinda pada pagi Selasa ditolak dengan 36 ahli parlimen membantah, 19 berkecuali dan tiada yang menyokongnya.
Ini bermakna, tanpa bantuan kewangan dari luar sistem perbankan Cyprus akan runtuh dan negara tersebut akan muflis.
Kerajaan Cyprus kini perlu tampil dengan satu pelan alternatif antaranya memperkenalkan rang undang-undang yang dapat diterima oleh semua pihak.
Di bawah perjanjian asal yang dicapai di Brussels lewat Jumaat lalu, untuk melayakkan bantuan kewangan bernilai 10 bilion euro, Cyprus perlu mendapatkan 5.8 bilion euro berupa dana tambahan dengan mengenakan cukai ke atas semua akaun bank.
Semua bank di Cyprus diarahkan menghentikan operasinya sehingga Khamis ini sementara menunggu rang undang-undang berkenaan dibahas dan dipinda.
Topic Berkaitan
#Brussels
#Cyprus
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan