awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China

Bernama
Bernama
23/07/2024
14:29 MYT
Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China
Wang menyifatkan hubungan AS-China sebagai salah satu hubungan dua hala yang terpenting di dunia. - Gambar CMG
BEIJING : China komited untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan dialog, mengawal perselisihan serta memperkasakan kerjasama bagi menstabilkan dan menambah baik hubungan bilateral, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Isnin.
Beliau semasa pertemuan dengan delegasi yang terdiri daripada anggota lembaga pengarah Majlis Perdagangan AS-China (USCBC) di sini pada masa sama menegaskan China juga mempunyai kepentingan teras, prinsip dan "garis merah" yang mesti dipertahankan.
Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China (PKC) menyifatkan hubungan AS-China sebagai salah satu hubungan dua hala yang terpenting di dunia.
"China dan AS bekerjasama atau berkonfrontasi berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan masa depan umat manusia.
"Ketika mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan AS, China konsisten dalam mengamalkan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mewujudkan situasi sama menang," kata beliau.
Wang juga menzahirkan harapan agar USCBC bergerak seiring dengan China untuk mewujudkan perkembangan pertubuhannya sendiri, selain menyumbang kepada perkembangan hubungan China-AS dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Perwakilan USCBC termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FedEx Corporation, Rajesh Subramaniam pula menyambut baik sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 yang mengeluarkan isyarat untuk memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan ekonomi serta meningkatkan tahap keterbukaan, dan berharap agar China boleh secara terus-menerus menarik lebih banyak pelaburan asing.
Mereka berkata golongan industri AS berkeyakinan terhadap China dan komited untuk mendorong hubungan AS-China berkembang ke arah yang kukuh dan seimbang.
Selain itu, USCBC bersedia memainkan peranan sebagai penggerak dalam mengembangkan hubungan AS-China dengan memanfaatkan pengaruh positif yang boleh dibawakannya.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#pelaburan
#pengaruh positif
#garis merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan