awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit maut dipukul doktor di Rusia

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/01/2016
04:48 MYT
Pesakit maut dipukul doktor di Rusia
Seorang doktor berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun kerana memukul seorang pesakit, yang kemudiannya meninggal dunia, lapor pihak berkuasa Rusia. - Gambar hiasan
SEORANG doktor berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun kerana memukul seorang pesakit, yang kemudiannya meninggal dunia, lapor pihak berkuasa Rusia.
Memetik laporan CNN, pesakit berkenaan dipukul pada 29 Disember di Hospital Belgorod City No.2 di Rusia.
Menurut Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Belgorod, pihak berkuasa membuka kes jenayah pada 30 Disember berikutan laporan bedah siasat yang mendedahkan pesakit mengalami kecederaan otak yang traumatik.
Doktor yang terbabit itu telah dipecat dan perbuatannya itu diklasifikasikan sebagai kecuaian kerana tidak ada bukti beliau berhasrat untuk membunuh pesakit itu.
Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku apabila pesakit berkenaan menendang seorang jururawat ketika prosedur rawatan.
Selepas mendapati apa yang berlaku, doktor tersebut mula menyerang pesakit itu dengan menumbuk serta memukul pada bahagian kepala mangsa.
Difahamkan, perbuatan doktor memukul pesakit tersebut juga telah dirakam dalam sistem kamera litar tertutup (CCTV) di hospital dan tersebar luas di media sosial.
Bagaimanapun, pihak siasatan berkata kes itu sudah dalam siasatan bahkan sebelum rakaman video tersebut viral di media sosial.
Kedua-dua nama doktor dan pesakit tidak didedahkan.
Topic Berkaitan
#perubatan
#pesakit
#Rusia doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan