awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Alaska Airlines mendarat cemas, panel tingkap tercabut

Agensi
Agensi
06/01/2024
10:04 MYT
Pesawat Alaska Airlines mendarat cemas, panel tingkap tercabut
Kejadian berlaku selepas penumpang mengadu panel tingkap pesawat berkenaan tercabut dipercayai selepas berdepan masalah tekanan. - Foto Reuters
LOS ANGELES: Sebuah pesawat Alaska Airlines dilapor terpaksa melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Kejadian berlaku selepas penumpang mengadu panel tingkap pesawat berkenaan tercabut dipercayai selepas berdepan masalah tekanan.
Penerbangan 1282 itu selamat melakukan pendaratan cemas selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Portland sekitar jam 5 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 171 penumpang dan enam anak kapal.
[TERKINI] Alaska Airlines buat pendaratan kecemasan
Menurut laman web pendaftaran Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, pesawat itu disahkan layak terbang pada Oktober.
Sementara itu, syarikat Boeing dalam catatan di platform X memaklumkan pihaknya sedang mengumpul lebih banyak maklumat, dan siasatan sedang dijalankan.
Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alaska Airlines, Ben Minicucci dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat itu telah menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Alaska Airlines
#pendaratan cemas
#Syarikat Boeing
#tingkap tercabut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan