awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat peribadi pertama Presiden Indonesia tiba di Jakarta hari ini

Bernama
Bernama
09/04/2014
23:33 MYT
Pesawat peribadi pertama Presiden Indonesia tiba di Jakarta hari ini
Susilo Bambang Yudhoyono
Setelah beberapa kali tertangguh, dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi beliau akan berundur daripada jawatan, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, yang baru-baru ini dikritik kerana menggunakan kemudahan milik negara ketika berkempen untuk partinya, Parti Demokratik, akhirnya berpeluang menggunakan pesawat peribadi presiden pertama negara itu.
Sepanjang lebih sembilan tahun menjadi presiden, Susilo dan rombongan beliau menggunakan pesawat jet yang dipajak daripada syarikat penerbangan kebangsaan, Garuda Indonesia.
Pesawat baharu itu, Boeing Business Jet (BBJ2), akan dipertontonkan kepada umum pada Khamis dalam satu majlis khas di Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma di sini.
Menurut laporan Jakarta Post pada Rabu, pesawat mewah itu berharga US$91.21 juta (RM294 juta). Selepas upacara itu, pesawat berkenaan akan beroperasi sepenuhnya untuk membawa presiden dalam lawatan rasmi beliau ke seluruh negara dan seberang laut. Susilo dijangka menggunakannya untuk kali pertama dalam lawatan ke Myanmar pada Mei untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-24. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Susilo Bambang Yudhoyono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan