awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tentera terhempas, empat terkorban

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2022
23:45 MYT
Pesawat tentera terhempas, empat terkorban
Pesawat MV-228 Osprey sebelum berlepas melakukan latihan kententeraan. - Foto AP
OSLO: Kesemua empat anggota tentera Amerika Syarikat terkorban selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas di utara Norway.
Tentera Norway dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu berkata, kejadian berlaku ketika latihan kententeraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diadakan pada Jumaat.
Pesawat V-22B Osprey milik Pasukan Marin Amerika Syarikat menyertai latihan 'Cold Response', latihan kententeraan yang diadakan dalam keadaan cuaca sejuk.
Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian melalui jalan darat selepas helikopter mereka tidak dapat mendarat akibat keadaan cuaca buruk termasuk angin kencang dan hujan lebat.
"Pasukan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan.
"Duka cita dimaklumkan kesemua empat penumpang dalam pesawat berkenaan terkorban," kata ketua operasi polis Nordland, Ivar Bo Nilsson dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan susualn, tentera Norway mengesahkan kesemua yang terkorban merupakan anggota tentera Amerika Syarikat.
Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kira-kira 30,000 anggota tentera daripada 27 negara sertai latihan kententeraan 'Cold Response' dan ia akan diteruskan, kata tentera Norway.
Topic Berkaitan
#pesawat
#tentera
#terhempas
#V-22B Osprey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan