awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tertunda gara-gara juruterbang lewat, melalut

Bernama
Bernama
28/12/2016
23:29 MYT
Pesawat tertunda gara-gara juruterbang lewat, melalut
Gara-gara juruterbang yang lewat masuk ke dalam pesawat dan kemudiannya melalut membuat pengumuman, penerbangan Citilink dari Surabaya ke Jakarta awal pagi tadi tertunda selama lebih sejam. -AFP
Gara-gara juruterbang yang lewat masuk ke dalam pesawat dan kemudiannya melalut membuat pengumuman, penerbangan Citilink dari Surabaya ke Jakarta awal pagi tadi tertunda selama lebih sejam.
Pengurusan Citilink meminta maaf kepada para pelanggannya dan dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kerana terdapat penumpang yang membuat aduan segera mengenai insiden itu.
Naib Presiden Komunikasi Korporat Citilink Indonesia, Benny S. Butarbutar dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, pesawat yang sepatutnya berlepas pukul 5 pagi tadi terpaksa ditunda sehingga pukul 6.20 pagi.
"Kami ingin menyampaikan permohonan maaf atas kelewatan dan ketidakselesaan seluruh penumpang penerbangan Citilink Indonesia QG 800 pada 28 Disember 2016," katanya dalam kenyataan itu.
Katanya, pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang membuat aduan terhadap juruterbang berkenaan.
Juruterbang itu didapati telah melalut ketika membuat pengumuman sebaik memasuki pesawat dan pihak pengurusan bertindak segera menukarkannya bagi meneruskan penerbangan.
Beliau berkata, juruterbang terbabit telah dibawa ke klinik di lapangan terbang itu untuk ujian kesihatan dan dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika bertugas.
Sebanyak 154 penumpang dan kru penerbangan berkenaan selamat mendarat di Jakarta kira-kira sejam kemudian. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Benny S. Butarbutar
#juruterbang lewat masuk pesawat
#juruterbang melalut
#Surabaya ke Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan