awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Konflik Asia Barat: Thailand catat aliran keluar modal asing paling besar sejak 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai

Bernama
Bernama
29/06/2024
12:13 MYT
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal Pilihan Raya Presiden kali ini menunjukkan perlumbaan sengit antara Massoud Pezeshkian dan Saeed Jalili dengan keputusan awal diumumkan hari ini. - Gambar AP/Vahid Salemi
TEHRAN: Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini, mengikut jurucakap Pusat Pilihan Raya Iran, Mohsen Eslami seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Para pemilih mengundi pada Jumaat untuk memilih pengganti kepada Presiden Ebrahim Raisi, yang meninggal dunia dalam kemalangan helikopter pada 19 Mei lepas.
Kotak-kotak undi dari 47,604 pusat mengundi di seluruh negara telah dikira sehingga kini, kata Eslami pada Sabtu.
Lebih daripada 61 juta rakyat Iran layak mengundi dalam pilihan raya ini.
Keputusan awal Pilihan Raya Presiden kali ini menunjukkan perlumbaan sengit antara Massoud Pezeshkian dan Saeed Jalili dengan keputusan awal diumumkan hari ini.
Selepas pengiraan 19,069,713 undi, Pezeshkian berada di hadapan dengan 8,302,577 undi manakala Jalili memperoleh 7,189,756 undi.
Calon lain, Mohammad Bagher Qalibaf, mendapat 2,676,512 undi manakala Mostafa Pourmohammadi hanya memperoleh 158,314 undi.
Amirhossein Ghazizadeh Hashemi dan Alireza Zakani telah menarik diri daripada pertandingan sebelum pilihan raya.
Di bawah undang-undang pilihan raya Iran, undian penentu diadakan antara dua calon teratas pada Jumaat pertama selepas keputusan diumumkan jika tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus undi.
Seperti yang dijadualkan Kementerian Dalam Negeri, undian penentu akan diadakan pada 5 Julai jika tiada calon yang menang dalam pusingan pertama pilihan raya ini.
Sebanyak 58,640 pusat mengundi di Iran dan 344 lagi di luar negara telah disediakan untuk pilihan raya ini.
Pada 19 Mei, helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi, Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, dan beberapa pegawai lain telah terhempas semasa penerbangan dari Khudafarin ke Tabriz, dan Presiden Iran serta semua delegasi yang mengiringinya beliau terkorban.
--BERNAMA-IRNA
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#undian penentu
#Presiden Iran
#pusat pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan