awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak Berkuasa Palestin gantung sementara operasi Al Jazeera

Agensi
Agensi
01/01/2025
23:00 MYT
Pihak Berkuasa Palestin gantung sementara operasi Al Jazeera
Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menggantung sementara siaran stesen televisyen Al Jazeera dengan alasan penyiaran bahan yang menghasut. - Gambar fail AFP
KAHERAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menggantung sementara siaran stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, dengan alasan penyiaran bahan yang menghasut.
Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA, keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa menteri yang terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Dalam Negeri dan Komunikasi.
Mereka mendakwa, Al Jazeera menyiarkan laporan yang menyesatkan dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
Langkah ini tidak dijangka akan dilaksanakan di Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas dan PA tidak mempunyai kuasa.
Al Jazeera baru-baru ini dikritik oleh PA berhubung liputannya mengenai ketegangan antara pasukan keselamatan Palestin dan pejuang militan di kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki. Fatah, fraksi yang menguasai PA, menuduh penyiar itu menyemai perpecahan dalam dunia Arab, khususnya di Palestin, dan menggesa rakyat Palestin untuk tidak bekerjasama dengan rangkaian tersebut.
Pada September tahun lalu, tentera Israel mengeluarkan perintah penutupan operasi Al Jazeera selepas menyerbu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat. - Reuters
Topic Berkaitan
#Al Jazeera
#Al Jazeera digantung
#Pihak Berkuasa Palestin
#Hamas dan PA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan