awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House

Agensi
Agensi
03/07/2024
22:45 MYT
Pilihan Raya Presiden AS: Biden tidak akan tarik diri - White House
Biden "sama sekali tidak" mempertimbangkan untuk berundur daripada bertanding pada Piihan Raya Presiden negara itu pada 5 November depan. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden "sama sekali tidak" mempertimbangkan untuk berundur daripada bertanding pada Piihan Raya Presiden negara itu pada 5 November depan, kata Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre pada Rabu.
“Beliau (Biden) faham bahawa adalah adil untuk orang ramai bertanya soalan (berundur daripada bertanding) itu,” “kata Jean-Pierre.
Jean-Pierre berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada terdapat sebarang pertimbangan lain yang akan mengubah keputusan Presiden berhubung penarikan diri daripada menyertai pilihan raya berkenaan menentang Donald Trump.
Bahkan, Jean-Pierre juga menegaskan, beliau "tidak boleh" menjelaskan keadaan yang akan mengubah fikiran Presiden.
Secara berasingan, Jean-Pierre mengelak daripada menjawab soalan sama ada Biden tidur pada siang setiap hari selepas New York Times melaporkan Presiden yang akan mencecah usia 82 tahun pada November depan diberi masa untuk tidur setiap petang semasa persiapan perdebatan di Camp David.
“Beliau ialah Presiden yang bangun setiap pagi dan mengutamakan rakyat Amerika. Itulah yang beliau lakukan setiap hari. Itulah tumpuannya," kata Jean-Pierre, sambil menambah bahawa Presiden Biden "meneruskan" perdebatan - dan jadual yang padat dalam beberapa jam dan sehari selepas itu - walaupun dijangkiti selsema.
“Beliau tahu beliau terpaksa meneruskannya. Beliau tahu perlu melaluinya. Itulah yang dilakukan oleh Presiden,” kata Jean-Pierre menjelaskan jadual Presiden sebelum dan selepas perbahasan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Presiden AS
#Biden tarik diri
#Donald Trump
#Debat Presiden AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan