awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya umum Thailand tetap diadakan pada 2017 - Prayut

Agensi
Agensi
09/08/2016
11:29 MYT
Pilihan raya umum Thailand tetap diadakan pada 2017 - Prayut
Pengesahan pilihan raya itu disahkan ketua junta yang juga Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha dalam satu kenyataan kepada wartawan hari ini. - Foto AFP
Thailand bakal melangsung pilihan raya umum negara itu tahun hadapan seperti yang dirancangkan sebelum ini.
Perkara itu disahkan ketua junta yang juga Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha dalam satu kenyataan kepada wartawan hari ini.
“Pilihan raya akan diadakan pada 2017 seperti yang dirancang,” kata Prayut yang mengetuai rampasan kuasa tentera dua tahun lalu.
Ia juga adalah kenyataan pertamanya selepas pungutan suara mengubah perlembagaan Thailand yang berlangsung pada Ahad.
Perlembagaan itu yang diusulkan oleh pihak tentera menerima sokongan dari rakyat.
Pihak tentera berhujah perlembagaan baharu itu akan membantu Thailand menghindarkan diri dari ahli politik yang rasuah selain mengembalikan kestabilan selepas negara itu dilanda kemelut politik lebih sedekad lamanya.
Namun pengkritik melihat ia hanya menambah cengkaman pihak tentera dalam urusan pentadbiran negara.
Perlembagaan itu antara lain memperuntukkan enam kerusi kepada pihak tentera di Dewan Senat, selain pembahagian proses pengundian yang dilihat mengurangkan pengaruh parti politik.
Dewan Senat juga diberi kuasa melantik perdana menteri sekiranya Dewan Rendah berhadapan kebuntuan selain lebih mudah untuk memecat seorang perdana menteri yang melakukan salah laku.
Topic Berkaitan
#junta tentera
#Perdana Menteri
#perlembagaan baharu
#Prayuth Chan-o-cha
#Pungutan suara Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan