awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilpres 2019: "Silakan bukti saja" - Vasco Ruseimy

Amirah Madhihah
Amirah Madhihah
25/04/2019
10:16 MYT
Pilpres 2019: "Silakan bukti saja" - Vasco Ruseimy
Vasco Ruseimy tiada masalah jika tim Jokowi - Ma'aruf ingin mendedahkan bukti kecurangan Pemilu yang kononnya dilakukan kem Prabowo - Sandiaga.
AHLI Badan Pemenangan Nasional Prabowo Subianto – Sandiaga Uno (BPN), Vasco Ruseimy berkata, tiada masalah jika Tim Kampanye Nasional Joko Widodo-Ma’aruf Amin (TKN) ingin mendedahkan bukti kecurangan kem nombor 02.
“Ya, silakan buktikan saja,” kata Vasco seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kompas, hari ini.
Vasco turut berpesan kepada TKN Jokowi – Ma’aruf Amin untuk tidak menimbulkan salah faham sepanjang undi dikira agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah.
Jelasnya, kecurangan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 sebetulnya berpunca daripada kem nombor 01.
Tegas beliau, da banyak bukti yang menunjukkan kem tersebut terlibat dengan penipuan pilihan raya di negara itu.
“Kertas undi sudah ada yang ditanda calon nombor 01 di luar negara. Ini sudah cukup jelas. Rakyat kita sudah cukup cerdik untuk menilai, tidak lagi bodoh. Kami bukan rakyat yang senang untuk ditipu lagi. Jangan cuba untuk membuat fitnah kepada perkara yang tidak benar,” kata beliau lagi.
Katanya, ada sejumlah video yang merakam penipuan kem nombor 01 telah tersebar kepada rakyat di seluruh Indonesia.
Rakaman-rakaman itu kemudiannya dirangkum rapi oleh BPN Prabowo Subianto – Sandiaga Uno.
“Rakyat sendiri yang merakam kertas undi yang dibakar, kotak undi yang ada di depan akhbar percetakan. Dari situlah, BPN merangkum semuanya,” ujarnya.
Memetik laporan Kompas sebelum ini, TKN Jokowi – Ma’aruf Amin akan mendedahkan bukti kecurangan dilakukan oleh pihak kem nombor 02, Prabowo Subianto – Sandiaga Uno.
Pengarah Undang-Undang dan Advokasi Tim Kampanye Nasional Jokowi-Ma'ruf (TKN), Ade Irfan Pulungan berkata, pihaknya akan membuktikan bahawa tim Prabowo - Sandiaga melakukan kecurangan.
Topic Berkaitan
#BPN
#Indonesia
#Joko Widodo
#Pemilu
#Pilleg
#Pilpres
#Prabowo Subianto
#TKN
#Vasco Ruseimy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan