awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2024
11:30 MYT
Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen
Gibran ketika mengagihkan susu percuma ketika hari bebas kenderaan di Jakarta pada bulan lalu. - Foto Agensi
JAKARTA: Badan pemerhati pilihan raya Indonesia telah memanggil anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang menjadi calon wakil presiden (cawapres) bergandingan dengan calon presiden (capres), Prabowo Subianto pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) selepas beliau didakwa melanggar peraturan kempen.
Gibran Rakabuming Raka, 36, diarahkan untuk tampil memberi keterangan oleh Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) selepas bekas Wali Kota Surakarta itu mengagihkan susu percuma ketika acara hari tanpa kereta pada bulan lalu.
“Kami perlu mendengar penjelasan Gibran untuk mengesahkan dakwaan itu,” kata jurucakapnya, Dimas Trianto Putro pada Selasa.
Peraturan Gabenor Jakarta pada 2016 melarang sebarang ‘acara untuk kepentingan parti politik’ pada hari bebas kenderaan.
Sementara itu, timbalan pasukan kempen Prabowo menyatakan mereka akan menghormati keputusan Bawaslu jika tuduhan dilemparkan ke atas Gibran terbukti benar.
Pencalonan putera sulung Jokowi yang digelar ‘baby nepo’ oleh media asing terus dihimpit kontroversi setelah Mahkamah Perlembagaan membatalkan had umur pada Oktober lalu, sekali gus membuka jalan untuk beliau bertanding.
Ketika ini, Prabowo yang menjadi calon Pilpres No.2 dikatakan mendahului pesaingnya manakala populariti Anies Baswedan terus mengatasi Ganjar Pranowo berdasarkan kaji selidik pada bulan lalu. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pilpres 2024
#Gibran Rakabuming Raka
#calon wakil presiden
#Joko Widodo
#Indonesia
#pilihan raya
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan