awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilpres dan Pilleg: Apa yang perlu diketahui untuk 14 dan 17 April ini?

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
11/04/2019
07:39 MYT
Pilpres dan Pilleg: Apa yang perlu diketahui untuk 14 dan 17 April ini?
Mampukah Joko Widodo mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Indonesia? Antara pencapaian beliau adalah jaringan infrastruktur dan pengangkutan awam termasuk MRT Jakarta yang fasa pertamanya dilancarkan 24 Mac, 2019. REUTERS/Fail
Pada 17 April ini, hampir 200 juta pengundi di Indonesia akan memilih perwakilan dan presiden mereka dalam pilihan raya yang dilihat sangat sengit.
Ini adalah proses demokrasi yang ketiga terbesar dunia, selepas India dan Amerika Syarikat.
Ada dua pilihan raya yang akan berlaku dalam Pemilihan Umum ini - pertama, 'Pilpres' atau Pilihan raya Presiden dan yang kedua adalah 'Pilleg', atau Pilihanraya Legislatif.
Siapakah kem-kem dan apakah yang mereka perjuangkan?
Pilpres akan menyaksikan pertembungan antara dua gergasi politik Indonesia: Presiden Joko Widodo dan calon Naib Presiden Ma’ruf Amin melawan bekas tentera, ahli politik dan ahli perniagaan (serta bekas lawan) Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.
Kedua-dua kem nombor 1 (Jokowi-Ma’ruf) dan kem nombor 2 (Prabowo-Sandi) kini melalui hari-hari akhir kempen sebelum berdepan pengundi pada Rabu depan.
Kem Nombor 1 mempunyai slogan Indonesia Maju, menampilkan Presiden Jokowi dengan didampingi oleh Ma'ruf Amin.
Meskipun sedikit berumur (76 tahun) berbanding lawan kem nombor 2, Sandiaga Uno (49 tahun), pengaruh dan minda politik Ma'ruf Amin adalah sangat cemerlang sejak 1971 sehingga pernah menjadi penasihat kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk 2007-2014.
Saya tidak datang dari lingkungan elite. Saya datang dari kampung. Hanya karena kehendak Allah jualah saya dapat menjadi Wali Kota, kemudian menjadi Gubernur, dan sekarang ini menjadi Presiden. Logika politik bisa saja tak masuk, tapi siapa bisa menentang kehendak Allah SWT? pic.twitter.com/9YxKdE5iAc
— Joko Widodo (@jokowi) April 10, 2019
Bismillahirraahmanirrahiim. Selamat pagi. Menyapa masyarakat mendekatkan batin kita pada suara kejujuran mereka yang datang dari lubuk hati terdalam. Tidak ada tugas lain dari pemimpin selain melayani dan mengayomi mereka yang dipimpin.#01JokowiAmin #01IndonesiaMaju pic.twitter.com/Cskm8mwQIV
— K.H. Maruf Amin (@KHMarufAmin_) April 10, 2019
Tidak dapat kasih tangan kepada semua tetapi saya yakin kita telah bersepakat bahwa kita akan bersama-sama mewujudkan sebuah pemerintahan yang adil dan makmur. pic.twitter.com/xHRYG1quGm
— Prabowo Subianto (@prabowo) April 7, 2019
JAKARTA YES PECAH !!!! Anak-anak muda Jakarta luar biasa sekali semangatnya. Wajah-wajah penuh optimisme menyongsong Indonesia yang lebih baik ke depan. pic.twitter.com/URyLGOXTcK
— Sandiaga Salahuddin Uno (@sandiuno) April 10, 2019
Bagi kem nombor 2, calon Presiden adalah seorang bekas pemimpin dalam Tentera Nasional Indonesia dan Naib Presiden, ahli perniagaan muda yang digemari di media sosial.
Kedua-dua Prabowo-Sandi membawa kempen 'Adil Makmur'. Menariknya, ini adalah kali kedua Prabowo melawan Jokowi, kali pertama pada 2014.
Calon-calon yang bertanding juga, akan berdepan masa tenang dari 14 hingga 16 April.
Apakah isu utama dalam Pemilu 2019?
Kedua-dua kem ini menyatakan pendirian mereka melalui jelajah kempen dan lima debat umum.
Antara isu utama yang diketengahkan termasuk pembangunan ekonomi dan peluang pendidikan, serta persiapan Indonesia untuk Industri 4.0.
Isu lain yang mendepani calon termasuk penambahbaikan perkhidmatan kerajaan termasuk dalam kesihatan dan pendidikan, dan isu membanteras rasuah, terutama selepas kes berprofil tinggi seperti Setya Novanto dan pembangunan Meikarta.
Terbaru, bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menegur calon yang bertanding dengan mengapi-apikan isu kaum dan etnik.
Dengan kempen kurang sebulan apakah strategi kedua-dua kem?
Bagaimana dengan pengundi warga Indonesia di Malaysia?
Lebih 1.5 juta pengundi Indonesia di Malaysia akan mengundi pada 14 April ini. Mereka berada di negara ini atas pelbagai urusan, termasuk bekerja dan belajar.
Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan menjangkakan sekitar 80-90% daripada pengundi ini akan keluar mengundi di serata Malaysia.
Bila keputusan penuh akan diumumkan?
Keputusan penuh Pilpres hanya akan diketahui pada 6 Mei dan keputusan penuh untuk Pilleg akan diketahui secara berperingkat sehingga 22 Mei.
Wakil Astro AWANI Saharudin Mohd Musthafa akan memberikan laporan Pemilu 2019 dari Jakarta bermula 12 April.
Topic Berkaitan
#Adakah Jokowi akan menang
#Adakah Prabowo akan menang
#Indonesia
#Indonesia Mengundi
#Jakarta
#Joko Widodo
#Pemilu 2019
#Pilleg 2019
#Pilpres 2019
#Prabowo Subianto
#Siapa akan menang dalam PilPres 2019
#Siapa Presiden Indonesia
#Susilo Bambang Yudhoyono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan