awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap selamat hari jadi Ke-67 kepada Presiden Marcos

Bernama
Bernama
13/09/2024
15:58 MYT
PM Anwar ucap selamat hari jadi Ke-67 kepada Presiden Marcos
Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan selamat hari jadi untuk Marcos yang beliau sifatkan sebagai seorang sahabat yang begitu bertenaga, ceria dan boleh dipercayai. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut menzahirkan harapan untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Filipina.
"Semoga tahun ini membawa kejayaan dan memberikan kepuasan yang berterusan dalam semua usaha anda.
"Memandangkan kita kini meraikan 60 tahun hubungan diplomatik, saya berharap untuk terus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang berdasarkan sikap saling menghormati dan bekerjasama," katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan selamat hari jadi untuk Marcos yang beliau sifatkan sebagai seorang sahabat yang begitu bertenaga, ceria dan boleh dipercayai.
"Raikan hari jadi ini dengan tekad untuk anda membina semula Filipina dan memperjuangkan nasib rakyat.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa berharganya anda sebagai seorang rakan dan saya amat menghargai persahabatan, kepercayaan serta keazaman kita bagi meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam apa jua cara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari jadi
#memperkukuh kerjasama
#nasib rakyat
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan