awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun Kishida gantikan dua eksekutif parti pemerintah LDP yang dibelenggu skandal

Bernama
Bernama
22/12/2023
08:00 MYT
PM Jepun Kishida gantikan dua eksekutif parti pemerintah LDP yang dibelenggu skandal
Skandal itu telah mengheret turun sokongan kepada Kabinet Kishida ke paras terendah baharu iaitu pada 22.3 peratus, dalam tinjauan terbaharu.- Gambar fail/Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat menggantikan dua eksekutif Liberal Democratic Parti (LDP), dalam usaha untuk memulihkan kepercayaan orang ramai ditengah-tengah skandal dana politik yang semakin meruncing dalam parti pemerintah itu.
Bekas menteri pendidikan Kisaburo Tokai dilantik sebagai ketua dasar menggantikan Koichi Hagiuda, manakala bekas menteri pertahanan Yasukazu Hamada menggantikan pengerusi jawatankuasa hal ehwal Diet (Dewan Perwakilan) parti itu Tsuyoshi Takagi, lapor Xinhua.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Kishida berhasrat untuk melantik ahli parlimen veteran yang tidak terlibat dalam skandal itu, Tokai atau Hamada yang bukan ahli mana-mana puak dalam parti berkenaan.
Lima puak utama disyaki membayar sogokan kepada ahli parlimen mereka supaya menjual tiket-tiket parti untuk mengumpul dana melebihi kuota mereka, tanpa mengisytiharkan jumlah itu sebagai hasil kutipan dalam laporan dana politik.
Skuad siasatan khas Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tokyo menggeledah pejabat dua puak dalam parti LDP, termasuk puak terbesar yang sebelum ini diketuai oleh mendiang Perdana Menteri Shinzo Abe, yang disyaki melanggar Undang-undang Kawalan Dana Politik kerana gagal melaporkan sogokan yang didakwa diberikan kepada pejabat-pejabat ahli parlimen.
Puak Abe - Seiwaken - atau kumpulan kajian dasar Seiwa, disyaki telah mengumpul dana rahsia berjumlah sekitar 500 juta yen (kira-kira AS$3.51 juta) sejak lima tahun lalu.
Susulan skandal itu, lebih 10 pegawai kanan atau ahli parlimen berpengaruh meletak jawatan dalam kabinet Kishida atau LDP.
Skandal itu telah mengheret turun sokongan kepada Kabinet Kishida ke paras terendah baharu iaitu pada 22.3 peratus, dalam tinjauan terbaru oleh Kyodo News, yang memberi isyarat bahawa pentadbiran beliau mungkin berada dalam "zon bahaya".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Jepun
#Fumio Kishida
#skandal dana politik
#parti LDP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan