awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Sepanyol seru larangan penyertaan Israel dalam Eurovision, pertandingan antarabangsa

Bernama
Bernama
19/05/2025
22:30 MYT
PM Sepanyol seru larangan penyertaan Israel dalam Eurovision, pertandingan antarabangsa
Merujuk kepada bagaimana Rusia segera dihalang daripada platform global seperti pertandingan sukan dan muzik, Perdana Menteri Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna pakai terhadap Israel. - Gambar fail Reuters
GENEVA: Perdana Menteri Sepanyol pada Isnin menggesa supaya Israel dilarang daripada menyertai Eurovision dan pertandingan antarabangsa lain, dengan membandingkan tindakan terhadap Rusia berikutan perang di Ukraine dan menekankan keperluan konsistensi dalam mempertahankan hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.
"Komitmen Sepanyol terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia mesti berterusan dan konsisten di Eropah," kata Pedro Sanchez semasa pembentangan laporan mengenai sektor budaya dan kreatif Sepanyol.
Merujuk kepada bagaimana Rusia segera dihalang daripada platform global seperti pertandingan sukan dan muzik, Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna pakai terhadap Israel, terutamanya berikutan peperangan yang sedang berlangsung di Gaza.
"Itulah sebabnya saya percaya tiada siapa yang terkejut apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bermula tiga tahun lalu dan desakan supaya negara itu dikeluarkan daripada... pertandingan antarabangsa serta tidak dibenarkan menyertai - contohnya, seperti yang kita saksikan baru-baru ini hujung minggu lalu di Eurovision," katanya.
"Oleh itu, Israel juga tidak sepatutnya dibenarkan, kerana kita tidak boleh menerima dwistandard - walaupun dalam bidang budaya," tambahnya.
Sanchez mengakhiri dengan mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang "menghadapi ketidakadilan peperangan dan pengeboman."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PM Sepanyol
#Eurovision
#larangan buat Israel
#mesej solidariti
#Pedro Sanchez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan