awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand Prayuth tepis dakwaan pembubaran awal Parlimen

Bernama
Bernama
15/03/2022
14:30 MYT
PM Thailand Prayuth tepis dakwaan pembubaran awal Parlimen
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata, masih terdapat isu lain yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat dan negara. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menepis kenyataan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan bahawa Parlimen mungkin dibubarkan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November, menyaksikan Thailand selaku pengerusi.
"Itu pandangan beliau (Prawit)... Bagaimanapun, Perdana Menteri yang akan buat keputusan (bubarkan parlimen)," katanya kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau, masih terdapat isu lain yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat dan negara.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menunggu sehingga penggalnya tamat, Prayuth berkata 'tiada sebab untuk bercakap mengenainya sekarang".
Terdahulu, Prawit dilaporkan berkata masa paling sesuai untuk pembubaran Dewan Rakyat ialah selepas Sidang Kemuncak APEC pada November.
"Selepas Sidang Kemuncak APEC, kerajaan akan bebas daripada kewajiban antarabangsa dan, andai Dewan mahu dibubarkan, ia masa yang sesuai untuk berbuat demikian," katanya seperti dipetik Thai PBS.
Prawit berkata pilihan raya mungkin diadakan awal tahun depan sebelum penggal empat tahun berakhir pada Mac 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM thailand
#Perdana Menteri Thailand
#Prayuth Chan o-cha
#APEC
#pembubaran awal parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan