awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan

Bernama
Bernama
18/10/2022
08:44 MYT
PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan
Perdana Menteri Britain, Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan. - Gambar AP
LONDON: Perdana Menteri Britain, Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.
"Saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan mengaku bertanggungjawab," kata kata Truss dalam satu sidang media pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Susulan itu, kedudukan Truss sebagai Perdana Menteri dilihat tergugat dengan segelintir Ahli Parlimen secara terbuka meminta beliau meletakan jawatan.
Bagaimanapun, beliau berikrar untuk memimpin Konservatif dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya akui terdapat kesilapan. Saya telah bertindak segera untuk membetulkan kesilapan itu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bergerak ke hadapan dan bekerja untuk negara kerana perkara itu lebih penting untuk rakyat," katanya.
Dalam temu bual berasingan dengan Sky News pada lewat Isnin, Menteri Kewangan baharu, Jeremy Hunt menyeru Konservatif untuk terus menyokong Truss sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu siaran televisyen pada Isnin pagi, Menteri Kewangan baharu Jeremy Hunt telah mengumumkan beberapa pindaan telah dibuat berhubung pemotongan cukai dan belanjawan mini berkenaan.
Beliau berkata, akan ada "keputusan yang sukar" pada masa akan datang dalam usahanya untuk meningkatkan kredibiliti kewangan Britain di pasaran global. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liz Truss
#Perdana Menteri Britain
#Liz Truss mohon maaf
#pasaran kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan