awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Islamabad jadi pentas dialog AS-Iran dengan fokus lima isu utama
Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam serangan bersenjata di kawasan rekreasi Afghanistan
Delegasi Iran tiba di Pakistan bagi rundingan kritikal dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN gesa Malaysia desak PBB, OIC lakukan sekatan ekonomi, perundangan terhadap Israel

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/10/2023
09:00 MYT
PN gesa Malaysia desak PBB, OIC lakukan sekatan ekonomi, perundangan terhadap Israel
Hamzah berkata, jenayah kemusnahan terancang Israel ke atas rakyat Palestin perlu dikeji dan dicela sekeras-kerasnya. - Foto fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membuat ketetapan kolektif melakukan sekatan ekonomi dan perundangan antarabangsa terhadap Israel.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jenayah kemusnahan terancang Israel dan Zionis ke atas rakyat Palestin perlu dikeji serta dicela sekeras-kerasnya.
"Kuasa ekonomi umat Islam dunia yang seramai lebih dua bilion perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberikan tekanan kepada rejim Israel serta sekutunya.
"Justeru PN menyeru kerajaan Malaysia menyuarakan secara lantang usaha bagi membangkitkan kesedaran umat Islam dunia untuk membalas setiap kekejaman, kebiadaban dan kesombongan Israel," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, PN turut menyeru kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya Persidangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini bagi mendesak PBB membuat ketetapan memulakan dan menghantar segera pasukan pengaman bagi menghentikan kekejaman Israel.
Menurutnya, tindakan negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan beberapa negara lain yang menolak resolusi gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang dicadangkan Rusia semalam jelas memperlihatkan sikap dwistandard dalam soal kemanusiaan sejagat.
"PN akan terus mengunakan semua saluran dan rangkaian yang ada termasuk diplomasi antara rakyat kepada rakyat bagi memastikan Palestin mendapat keadilan, pembelaan dan bantuan di semua peringkat," ujarnya.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Perikatan Nasional
#oic
#PBB
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan