awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dedah nama satu daripada dua suspek letupan stesen Parsons Green di London

Bernama
Bernama
18/09/2017
13:10 MYT
Polis dedah nama satu daripada dua suspek letupan stesen Parsons Green di London
Orang ramai menunggu di stesen kereta api bawah tanah Parson's Green selepas ia dibuka semula susulan satu letupan pada pagi Jumaat, di London, Britain, 16 Sept, 2017. REUTERS
Seorang suspek terbabit dalam insiden letupan di sebuah stesen kereta api bawah tanah Parsons Green di barat London yang ditahan polis Sabtu lepas, dikenal pasti sebagai Yahyah Farroukh, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan televisyen tempatan pada Isnin.
Berusia 21 tahun, suspek beralamat di Stanwell, Surrey dan gambarnya disiarkan buat pertama kali oleh media Britain sejak suspek ditahan di sebuah kedai ayam goreng di Hounslow pada Sabtu malam.
Seorang lagi suspek berusia 18 tahun ditahan di pelabuhan feri Dover pada Sabtu pagi.
Letupan di stesen kereta api Parsons Green pada Jumaat lepas mengakibatkan 30 orang cedera.
Militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan kali kelima yang berlaku di negara berkenaan sejak enam bulan lepas.
Sebelum ini, insiden letupan berlaku di Westminster, London Bridge dan Finsbury Park serta di konsert Ariana Grande di Manchester yang mengorbankan puluhan nyawa serta mencederakan lebih 150 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#Daesh
#kereta api bawah tanah
#konsert
#London
#Parsons Green
#serangan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan