awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis di London dipenjara seumur hidup kerana culik, rogol dan bunuh mangsa wanita

Agensi
Agensi
30/09/2021
15:37 MYT
Polis di London dipenjara seumur hidup kerana culik, rogol dan bunuh mangsa wanita
Mayat Everard ditemui di kawasan hutan di Ashford, Kent, kira-kira 100 kilometer di tenggara London, seminggu selepas dilaporkan hilang. - Foto AP
LONDON: Seorang pegawai polis di London dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Khamis atas kesalan menculik, merogol dan membunuh seorang wanita.
Wayne Couzens, 48, dituduh menggunakan kad identiti polis dan undang-undang COVID-19 sebagai taktik untuk menangkap Sarah Everard yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Clapham, selatan London, pada 3 Mac lalu.
Pendakwa raya memaklumkan, Everard, 33 tahun telah digari atas kesalahan keluar ketika pelaksanaan perintah berkurung.
Kes Bunuh | Anggota polis berdepan dakwaan culik dan bunuh
Mangsa kemudian dibawa ke kawasan luar bandar lalu dirogol dan dibunuh secara kejam oleh Couzens.
Couzens bagaimanapun mengaku bersalah atas kesemua tuduhan yang disifatkan sebagai insiden yang dahsyat, tragis dan tidak berperikemanusiaan itu.
Mayat Everard ditemui di kawasan hutan di Ashford, Kent, kira-kira 100 kilometer di tenggara London, seminggu selepas dilaporkan hilang.
Jenayah | Culik, rogol & bunuh, polis dipenjara seumur hidup
Pihak pendakwa turut mengesahkan Couzens telah mencekik leher mangsa sebelum bertindak membakar mayatnya.
Pembunuhan Everard mencetuskan kemarahan di seluruh negara, dengan wanita-wanita berkongsikan pengalaman mereka diugut atau diserang atau berdepan kebimbangan seharian mengenai keganasan apabila pulang bersendirian.
Topic Berkaitan
#culik
#penjara
#polis London
#rogol
#London
#Sarah Everard
#Wayne Couzens'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan