awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gagalkan pemerdagangan 36 warga Indonesia ke Malaysia

Bernama
Bernama
02/10/2025
14:15 MYT
Polis gagalkan pemerdagangan 36 warga Indonesia ke Malaysia
Pengarah Siasatan Jenayah Polis Sumatera Utara, Komisioner Ricko Taruna Mauruh, berkata tiga suspek ditahan semasa operasi itu. - Foto hiasan
JAKARTA: Polis di Sumatera Utara menyelamatkan 36 warga Indonesia, termasuk lapan wanita, daripada cubaan penyeludupan manusia selepas serbuan awal pagi di sebuah penempatan pesisir pantai yang dipercayai menjadi lokasi transit sebelum mereka diseludup ke Malaysia.
Serbuan pada kira-kira 4 pagi, 28 Sept di Desa Silo Baru, Kabupaten Asahan, dilakukan susulan laporan mengenai aktiviti mencurigakan di sebuah gudang ikan.
Pengarah Siasatan Jenayah Polis Sumatera Utara, Komisioner Ricko Taruna Mauruh, berkata tiga suspek ditahan semasa operasi itu.
"Mereka memainkan pelbagai peranan, daripada merekrut melalui media sosial, sehingga bekerja sebagai kru kapal dan menyelenggara enjin," katanya dalam satu kenyataan.
Seorang suspek dibayar 500,000 rupiah (US$32) oleh pemilik kapal, manakala seorang lagi menerima 1.5 juta rupiah (US$97) seminggu daripada pengendali penempatan itu, tambahnya.
Ketiga-tiga suspek kini ditahan di ibu pejabat polis wilayah untuk siasatan lanjut, manakala pekerja telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan dan Perkhidmatan Pekerja Migran Indonesia (BP3MI) untuk pendaftaran dan bantuan.
Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada warga Indonesia yang mencari pekerjaan di luar negara agar tidak menggunakan laluan haram kerana berisiko tinggi dieksploitasi dan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Sumatera Utara
#penyeludupan manusia
#pemerdagangan manusia
#warga Indonesia ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan