awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen

Bernama
Bernama
03/08/2024
09:09 MYT
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Ancaman terhadap Trump mungkin bermula seawal 20 Julai, lapor CNN. - AP
SEORANG wanita telah ditahan di Washington DC kerana mengancam bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan membawa senjata api tanpa lesen, lapor Sputnik, memetik Jabatan Polis Metropolitan di ibu kota AS itu pada Sabtu.
"Melalui siasatan detektif, Christina Montoya, 41, dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen, memiliki senjata api tidak berdaftar, dan ancaman terhadap bekas presiden," kata jabatan polis itu dalam satu kenyataan akhbar.
Wanita terbabit telah melakukan perjalanan ke Washington DC dari Texas, menurut polis yang menambah dia dan keretanya ditemukan di kawasan perumahan di bahagian timur laut bandar raya itu dan ditahan pada Jumaat malam.
Ancaman terhadap Trump mungkin bermula seawal 20 Julai, lapor CNN, memetik laporan polis.
Pada petang Jumaat, Perkhidmatan Rahsia AS mula menarik perhatian polis terhadap wanita terbabit, kata penyiar itu.
Pada 13 Julai, seorang lelaki bersenjata cuba membunuh Trump semasa satu perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania. Calon presiden Parti Republikan itu mengalami luka tembakan di telinga kanan.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#wanita ditahan
#senjata api
#Donald Trump
#ancaman keselamatan
#Perkhidmatan Rahsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan