awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2023
23:30 MYT
Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai RM4.68 bilion
Dadah amphetamine yang ditemui dalam kontena mengandungi barangan perabot. - Foto Twitter/@wamnews
POLIS Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mematahkan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa selepas merampas 13 tan biji pil amphetamine yang disembunyikan dalam barangan perabot.
Dadah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.68 bilion) yang dikenali sebagai Captagon itu ditemui selepas polis mengesan lima kontena barangan perabot yang mencurigakan.
Rakaman video menunjukkan polis di Dubai mengumpil 432 panel kayu dan 651 pintu perabot sebelum menemui dadah berkenaan.
Ketua Jabatan Narkotik Polis UAE, Mejar Jeneral Eid Mohammed Thani Hareb memaklumkan, sindiket itu menggunakan UAE sebagai tempat persinggahan sebelum menghantarnya ke negara lain.
Enam individu telah ditahan berkaitan penemuan dadah tersebut yang disifatkan sebagai rampasan terbesar pernah dilakukan polis negara itu.
Sering dipanggil 'kokain orang miskin', Captagon merupakan dadah paling popular dalam kalangan belia di negara Teluk Arab.
Pihak berkuasa tidak menyatakan negara asal dadah itu dihantar namun Captagon dipercayai dihasilkan dalam kuantiti banyak di Syria, namun dinafikan kerajaan negara itu.
Sebelum ini 14 tan pil Captagon yang disembunyikan dalam kontena mengandungi kertas dan roda gear di Itali pada tahun 2020.
Tahun lalu polis Arab Saudi merampas 46 juta pil amphetamine yang diseludup dalam kontena mengandungi tepung gandum.
Topic Berkaitan
#Dadah
#amphetamine
#barangan perabot
#sindiket pengedaran dadah antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan