awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2024
02:20 MYT
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Prabowo bertemu Biden di White House pada Selasa. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, beliau memaklumkan kesediaan dan akan bekerja keras untuk memperkukuhkan kerjasama antara Indonesia dan Washington.
"Saya akan bekerja keras untuk memperkukuhkan hubungan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, dan saya ingin berusaha ke arah menjalin kerjasama yang kuat," kata Prabowo.
Sebelum ini, Prabowo turut mengucapkan tahniah kepada Presiden terpilih Donald Trump dalam satu panggilan telefon semasa lawatan rasminya ke Washington.
Beliau turut berikrar untuk mengamalkan dasar luar yang tidak memihak, dan bertemu dengan Biden di Pejabat Oval selepas memuat naik video panggilannya kepada Trump.
Prabowo sebelum itu ke China dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping dalam satu lawatan luar negara pertama beliau sejak mengambil jawatan bulan lalu.
Washington melihat Indonesia, negara yang memiliki paling ramai penduduk di Asia Tenggara, sebagai rakan penting di rantau ini.
Sementara itu, di White House Biden berkata kedua-dua pemimpin tersebut sedang membincangkan isu iklim, konflik di Timur Tengah, dan Laut China Selatan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Prabowo Subianto
#Joe Biden
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan