awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo minta rakyat bertenang, Parlimen dengar aspirasi

Bernama
Bernama
31/08/2025
15:45 MYT
Prabowo minta rakyat bertenang, Parlimen dengar aspirasi
Prabowo menegaskan semua parti politik, sama ada di dalam mahupun di luar koalisi pemerintah telah sepakat untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat. - Gambar fail/Youtube Sekretariat Presiden
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyeru rakyat Indonesia agar bertenang dan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menghadapi perkembangan semasa negara.
Bercakap di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Ahad, beliau menegaskan semua parti politik, sama ada di dalam mahupun di luar koalisi pemerintah telah sepakat untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat.
"Kami bertekad untuk sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat termasuk rakyat kecil dan terpinggir," katanya, menurut kenyataan daripada Sekretariat Presiden.
Prabowo menegaskan beliau memahami aspirasi yang telah disampaikan rakyat dan memberi jaminan setiap tuntutan akan diambil tindakan sewajarnya.
Beliau telah meminta Ahli Parlimen mengadakan dialog dengan tokoh tempatan, mahasiswa dan pelbagai organisasi masyarakat.
"Mereka (Ahli Parlimen) sekarang sedang dalam proses membatalkan beberapa keputusan termasuk kenaikkan elaun anggota Parlimen dan membekukan kunjungan kerja ke luar negara," kata Prabowo.
Langkah yang diambil pentadbiran Prabowo susulan daripada siri demonstrasi di Jakarta bermula Isnin sebelum meluas ke beberapa wilayah yang mengecam elaun tinggi anggota Parlimen di tengah kesempitan ekonomi serta kenaikan cukai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Parlimen
#kunjungan kerja
#elaun tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan