awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prebet Bradley Manning dihukum penjara 35 tahun

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2013
00:47 MYT
Prebet Bradley Manning dihukum penjara 35 tahun
Seorang anggota tentera Amerika Syarikat, Prebet Bradley Manning dihukum penjara 35 tahun kerana mendedahkan rahsia ketenteraan dan dokumen diplomatik kepada Wikileaks.
Bekas penganalisis perisikan itu didapati bersalah bulan lalu terhadap 20 pertuduhan dan dijatuhkan hukuman kerana membocorkan rahsia negara.
Pertuduhan paling serius adalah mendedahkan rahsia kepada musuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Bagaimanapun, pihak pendakwa hanya memohon hukuman penjara 60 tahun sebagai pengajaran kepada anggota tentera lain supaya tidak membocorkan rahsia keselamatan.
Bagaimanapun, peguambela Manning memohon hukuman penjara selama 25 tahun dengan hujah, dokumen yang didedahkan itu akan dilabel sebagai tidak sulit.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara 35 tahun ke atas Manning sudah memadai kerana anggota tentera itu telah diberhentikan daripada perkhidmatan.
Manning yang berpakaian seragam tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hakim mahkamah tentera Kolonel Denise Lind membacakan hukuman.
Penyokong Manning yang berhimpun melaungkan kata-kata semangat kepada Manning yang dianggap sebagai wira apabila mendedahkan perkara yang dilakukan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Prebet Bradley Manning
#rahsia negara
#WikiLeaks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan