awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina Marcos Jr lawat AS pada Ahad, isu tarif 20 peratus jadi tumpuan

Bernama
Bernama
20/07/2025
10:01 MYT
Presiden Filipina Marcos Jr lawat AS pada Ahad, isu tarif 20 peratus jadi tumpuan
Presiden Filipina itu turut dijadual bertemu pegawai kanan Amerika Syarikat termasuk Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, yang pernah ditemui sewaktu kunjungannya ke Manila Mac lalu. - Reuters
MOSCOW: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dijadual mengadakan lawatan ke Washington DC dari 20 hingga 22 Julai untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dengan perbincangan tertumpu kepada tarif 20 peratus yang diumumkan ke atas import dari Filipina, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ini merupakan lawatan pertama oleh ketua negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sejak Trump memegang jawatan. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, termasuk tarif 20 peratus yang diumumkan Trump baru-baru ini ke atas semua import dari Filipina.
Pemimpin kedua-dua negara juga dijangka membincangkan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang lebih erat, khususnya situasi di Laut China Selatan.
Presiden Filipina itu turut dijadual bertemu pegawai kanan Amerika Syarikat termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth.
Pada 9 Julai lalu, Trump mengumumkan tarif 20 peratus ke atas semua import dari Filipina bermula 1 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden filipina
#Ferdinand Marcos Jr
#lawatan rasmi
#Amerika Syarikat
#isu tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan