awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia Jokowi umum 'Kabinet Kerja 2014-2019'

Fuad Misbah, Rosmanizam Dali
Fuad Misbah, Rosmanizam Dali
26/10/2014
11:47 MYT
Presiden Indonesia Jokowi umum 'Kabinet Kerja 2014-2019'
Kabinet yang diberi nama Kabinet Kerja menyenaraikan 34 kementerian dan empat kementerian koordinator. - Sumber FB Jokowi
Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah mengumumkan barisan kabinet beliau hari ini di Istana Negara, Jakarta.
Kabinet yang diberi nama ‘Kabinet Kerja’ menyenaraikan 34 kementerian dan empat kementerian koordinator.
Pengumuman ini telah dibuat lapan hari lebih awal daripada 14 hari yang ditetapkan oleh undang-undang republik itu.
Jokowi, yang ditemani oleh Naib Presiden, Jusuf Kalla (JK), turut berkata, penyusunan kabinet telah dilakukan dengan berhati-hati dan cermat kerana calon yang dipilih akan berkhidmat selamat lima tahun.
“Kami ingin mendapatkan calon yang sesuai dan bersih. Pemilihan dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Indonesia (KPK) dan Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK).
“Mereka yang dipilih mempunyai kepakaran di dalam bidang yang dipertanggungjawabkan,” kata beliau.
Pembentukan Kabinet Kerja Jokowi-JK menyaksikan kaum wanita dipilih memegang lapan daripada 34 portfolio kementerian (23%) di Indonesia.
Antaranya Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan dipegang oleh Puan Maharani, yang juga merupakan anak kepada mantan Presiden Megawati Soekarnoputri.
Rini M Seomarno juga telah dipilih untuk menjadi Menteri Badan Usaha Milik Negara. Menteri Luar pula dipegang oleh Retno Lestari Priansari Marsudi.
Pemilihan Rini sebagai menteri di dalam cabinet Jokowi mungkin akan menimbulkan tanda tanya kerana beliau pernah disoal siasat oleh KPK dalam sebuah kes rasuah yang melibatkan Bank Indonesia tahun lalu.
Berikut adalah senarai penuh Kabinet Kerja Jokowi-JK 2014-2019:
1. Menteri Sekretariat Negara: Pratikno 2. Ketua Perancangan Perbadanan Nasional: Andrinof Chaniago 3. Menteri Koordinator Maritim: Indroyono Soesilo 4. Menteri Pengangkitan: Ignasius Jonan 5. Menteri Kelautan dan Perikanan: Susi Pudjiastuti 6. Menteri Pelancongan: Arief Yahya 7. Menteri Tenaga dan Hasil Bumi: Sudirman Said 8. Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keamanan: Tedjo Edy Purdjianto 9. Menteri Dalam Negeri: Tjahjo Kumolo 10. Menteri Luar Negeri: Retno Lestari Priansari Marsudi 11. Menteri Pertahanan: Ryamizard Ryacudu 12. Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia: Yasonna H Laoly 13. Menteri Komunikasi dan Maklumat: Rudiantara 14. Menteri Kerjaraya: Yuddy Chrisnandi 15. Menteri Ekonomi: Sofyan Djalil 16. Menteri Kewangan: Bambang Brodjonegoro 17. Menteri Badan Usaha Milik Negara: Rini M Soemarno 18. Menteri Koperasi dan Industri Kecil Sederhana: Anak Agung Gede Ngurah Puspayoga 19. Menteri Perindustrian: Saleh Husin 20. Menteri Perdagangan: Rahmat Gobel 21. Menteri Pertanian: Amran Sulaiman 22. Menteri Sumber Manusia: Hanif Dhakiri 23. Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat: Basuki Hadimuljono 24. Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar: Siti Nurbaya 25. Menteri Pertanian dan Agrikultur: Ferry Mursyidan Baldan 26. Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan: Puan Maharani 27. Menteri Agama: Lukman Hakim Saifuddin 28. Menteri Kesihatan: Nila F Moeloek 29. Menteri Sosial: Khofifah Indar Parawansa 30. Menteri Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak: Yohana Yambise 31. Menteri Kebudayaan dan Pelajaran: Anies Baswedan 32. Menteri Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi: M Nasir 33. Menteri Belia dan Sukan: Imam Nahrawi 34. Menteri Pembanguna Luar Bandar dan Perpindahan: Marwan Jafar
Topic Berkaitan
#barisan
#Indonesia
#Istana Negara
#Joko Widodo
#kabinet
#Kabinet Kerja
#presiden
#umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan