awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2024
02:30 MYT
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Kedua-dua pihak menekankan keperluan untuk meningkatkan operasi mekanisme perdagangan dua hala untuk meningkatkan jumlah perdagangan mencecah $10 bilion (RM47.8 bilion). - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Kenyataan akhbar pejabat Presiden Zardari memaklumkan Pakistan dan Iran mengulangi hasrat untuk memperluas kerjasama saling memberi keuntungan dalam pelbagai bidang berkepentingan.
Menurut kenyataan, kedua-dua pihak menekankan keperluan untuk meningkatkan operasi mekanisme perdagangan dua hala untuk meningkatkan jumlah perdagangan mencecah AS$10 bilion (RM47.8 bilion).
Dalam masa sama, kedua-dua negara juga menyeru keperluan untuk bekerjasama mengatasi cabaran yang dihadapi di wilayah ini.
Tambah kenyataan, kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan situasi di Timur Tengah, dengan Zardari menyatakan kebimbangan beliau tentang keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza dan mengutuk dengan tegas tindakan agresif ketenteraan Israel terhadap rakyat Gaza.
Zardari memberi jaminan bahawa Pakistan akan secara konsisten dan tegas menyokong perjuangan Palestin.
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Iran
#Palestin
#Ebrahim Raisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan