awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Iran yang baru dipilih janji perpaduan, kerjasama dalam mesej pascapilihan raya

Bernama
Bernama
06/07/2024
09:33 MYT
Presiden Iran yang baru dipilih janji perpaduan, kerjasama dalam mesej pascapilihan raya
Masoud Pezeshkian berkata, laluan sukar di hadapan tidak akan mudah kecuali dengan kebersamaan, empati dan kepercayaan semua rakyat. - Reuters
ANKARA: Dalam perutusan pascapilihan raya pada Sabtu, Presiden Iran yang baru dipilih, Masoud Pezeshkian berkata kerjasama rakyat adalah penting untuk mengharungi laluan sukar di hadapan, sambil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap perpaduan.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa dalam satu kenyataan, Pezeshkian berkata: "Rakyat Iran yang dihormati, pilihan raya telah berakhir dan ini hanyalah permulaan kerjasama kita.
"Laluan sukar di hadapan tidak akan mudah kecuali dengan kebersamaan, empati dan kepercayaan anda," tambahnya.
Presiden yang baru dipilih itu berkata: "Saya hulurkan tangan kepada anda dan saya bersumpah dengan kehormatan saya bahawa saya tidak akan meninggalkan anda sendirian di jalan ini. Jangan tinggalkan kami sendirian."
Pezeshkian menewaskan lawan konservatifnya, Saeed Jalili, bekas ketua perunding nuklear dan ketua badan keselamatan tertinggi, dengan margin 2.7 juta undi dalam keputusan yang diumumkan awal Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Iran
#Masoud Pezeshkian
#pilihan raya
#Iran
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan