awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Mesir bertemu Blinken, minta gencatan senjata disegerakan di Gaza

Bernama
Bernama
21/03/2024
16:18 MYT
Presiden Mesir bertemu Blinken, minta gencatan senjata disegerakan di Gaza
Blinken tiba di Kaherah pada awal Khamis untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Mesir bagi mencapai satu gencatan antara Hamas dan Israel. - Gambar Reuters
KAHERAH: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi meminta satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dilaksanakan segera semasa perjumpaan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Presiden Mesir itu.
Blinken tiba di Kaherah pada awal Khamis untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Mesir bagi mencapai satu gencatan antara Hamas dan Israel.
Perbincangan antara Sisi dan Blinken berkisar mengenai keadaan di Semenanjung Gaza dan usaha pengantaraan bagi mencapai satu gencatan senjata dan pertukaran tebusan antara Hamas dan Israel.
Pemimpin Mesir itu mengingatkan kesan buruk daripada sebarang serangan darat Israel ke atas Bandaraya Rafah dengan lebih daripada 1.4 juta orang melarikan diri ke sana selepas serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Beliau juga meminta kemasukan bantuan yang mencukupi ke Gaza dan membuka ruang untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka mengikut sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur menjaid ibu negaranya.
Blinken pula memuji usaha Mesir untuk membawa keamanan di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak bersetuju tentang kepentingan mengambil kesemua langkah diperlukan bagi memastikan akses bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza dan menolak sebarang bentuk pengusiran rakyat Palestin daripada tanah mereka.
Blinken memulakan lawatan terkininya ke rantau ini pada Rabu dengan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Arab Saudi mengenai gencatan senjata di Gaza. Beliau dijadualkan melawat Israel pada Jumaat.
Rabu lepas AS dilaporkan telah menghantar satu draf resolusi ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang menggesa untuk satu gencatan senjata segera di Gaza yang mengikat dengan pembebasan tebusan di tangan Hamas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#membawa keamanan
#serangan berterusan
#draf resolusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan