awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan

Bernama
Bernama
07/10/2024
00:30 MYT
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Kais Saied (tengah) dan isteri Ichraf Chebil Saïed, ketika meninggalkan pusat mengundi selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di daerah Nasr, Tunis, Tunisia, 6 Okt 2024. (Foto AP)
TUNIS: Tinjauan menunjukkan Presiden Tunisia, Kais Saied dijangka memenangi pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Xinhua.
TV Negeri Tunisia melaporkan berdasarkan anggaran keputusan daripada tinjauan Sigma Conseil iaitu sebuah syarikat tinjauan Tunisia, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti oleh Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
Dalam taklimat media selepas pilihan raya, presiden Pihak Berkuasa Bebas Pilihan Raya Agung (ISIE), Farouk Bouaskar berkata bahawa jumlah keluar mengundi awal dalam pilihan raya presiden mencapai 27.7 peratus.
Menurut statistik dari ISIE, seramai 2,599,252 rakyat Tunisia mengundi di negara itu dan 104,903 rakyat Tunisia mengundi di luar negara.
Agensi berita rasmi TAP melaporkan bahawa Pemerhati Chahed mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 28.8 peratus ketika pusat pengundian ditutup.
Jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar dalam daftar pemilih adalah sekitar 9,753,217 orang.
Keputusan awal pilihan raya dijangka diumumkan pada malam Isnin, menurut ISIE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunisia
#pilihan raya presiden
#tinjauan
#Kais Saied
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan