awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS

Bernama
Bernama
28/03/2024
11:02 MYT
Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS
Wakil-wakil dari AS menyatakan, China mencapai pertumbuhan dan transformasi yang cemerlang dalam beberapa dekad lalu, sekali gus menyaksikan daya tahan dan kekuatan kedinamikan. - AP
BEIJING: Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan delegasi wakil dalam kalangan ahli perniagaan, strategik dan akademik Amerika Syarikat (AS) di sini pada Rabu.
Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia.
"Sama ada menjalinkan kerjasama atau wujudnya konfrontasi ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan nasib seluruh umat manusia. Kejayaan masing-masing juga merupakan peluang antara satu sama lain.
"Asalkan China dan AS memandang satu sama lain sebagai rakan, saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama saling untung maka hubungan China-AS pasti akan lebih baik," kata Xi.
Bersempena ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-AS pada tahun ini, Xi berharap tokoh-tokoh dan semua pihak yang berkepentingan dapat mengadakan pertukaran lawatan dan pandangan, meningkatkan kepercayaan, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan demi memberikan lebih banyak kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada kestabilan dunia.
"Pertumbuhan ekonomi China adalah sihat dan lestari. Negara ini menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun lepas.
"China akan terus menggalakkan pembangunan bermutu tinggi dan modenisasi ala China. Ia diyakini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat China, sekali gus menyumbang kepada pembanguan mampan dunia," kata Xi.
Presiden Xi berkata konsensus yang dicapai beliau dengan Presiden Biden semasa pertemuan di San Francisco pada tahun lepas memperlihatkan bahawa hubungan China-AS harus diperbaiki dan menjadi lebih mantap.
"Dalam beberapa bulan lepas, kedua-dua pihak telah mengadakan komunikasi dan perbincangan lanjut mengenai konsensus itu dan mencapai hasil dalam politik, hubungan luar, ekonomi, perdagangan, penguatkuasaan, pencegahan dadah, perubahan iklim dan lain-lain," kata Xi.
Wakil-wakil dari AS menyatakan, China mencapai pertumbuhan dan transformasi yang cemerlang dalam beberapa dekad lalu, sekali gus menyaksikan daya tahan dan kekuatan kedinamikan.
Mereka menyokong kedua-dua negara meningkatkan pertukaran lawatan dalam pelbagai peringkat, meningkatkan persefahaman, kepercayaan, kerjasama selain menggembleng tenaga untuk menangani cabaran global serta membina hubungan China-AS yang stabil, mantap dan berhasil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Xi Jinping
#perniagaan
#Amerika Syarikat
#China
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan