awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Parti pemerintah Jepun LDP hilang 1 daripada 2 kerusi Parlimen

Bernama
Bernama
23/10/2023
05:30 MYT
PRK: Parti pemerintah Jepun LDP hilang 1 daripada 2 kerusi Parlimen
Kekalahan itu memberi tamparan kepada kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida yang tahap sokongan terhadapnya menjunam ke paras terendah baru-baru ini. - Gambar fail/Reuters
TOKYO: Parti pemerintah Jepun Parti Liberal Demokratik (LDP) kalah satu daripada dua pilihan raya kecil (PRK) parlimen yang diadakan pada Ahad.
Kekalahan itu memberi tamparan kepada kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida yang tahap sokongan terhadapnya menjunam ke paras terendah baru-baru ini.
Seorang calon Bebas yang disokong oleh parti pembangkang memenangi PRK Dewan Negara di daerah Tokushima-Kochi manakala bagi kerusi Dewan Perwakilan No 4 Nagasaki, calon LDP mengalahkan seorang ahli politik pembangkang.
Kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh LDP sebelum ini.
Keputusan itu mungkin menyukarkan Kishida untuk membubarkan Dewan Perwakilan bagi mengadakan pilihan raya umum menjelang akhir tahun ini, menurut laporan media tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#PRK Parlimen
#Parti Liberal Demokratik
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan