awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk Nestle Eropah mengandungi daging kuda

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
22:52 MYT
Produk Nestle Eropah mengandungi daging kuda
Peneraju pengeluar makanan dan minuman terkenal, Nestle menjadi syarikat terbaru yang menarik semula beberapa produknya di Eropah kerana terbabit dalam skandal daging kuda.
Ia susulan ujian mendapati produk terlibat disahkan mengandungi DNA kuda.
Nestle mengesahkan dua produknya yang ditarik semula ialah produk keluaran H.J. Schypke.
Perkembangan itu meningkatkan kemarahan serta kebimbangan masyarakat di blok Eropah.
“Kami mahukan kawalan yang ketat. Kamu berhak tahu apa yang terkandung di dalam pakej kerana kami mahu elak kandungan yang boleh menjejaskan kesihatan kami,” kata Claudio De Angelis dari Roma.
Maria Victoria Arias pula berkata, “Mereka harus memberi amaran supaya kita tahu apa yang kita makan, betul tak? Sejak beberapa hari ini, kita pun tidak tahu apa yang kita makan.”
Pihak berkuasa Sepanyol mengesahkan semua produk dagingnya selamat susulan polisi keselamatan makanannya yang ketat.
Perancis pada selasa bersetuju melaksanakan pensijilan kesihatan terhadap produk daging bagi mengelak kejadian sama berlaku.
Topic Berkaitan
#Nestle
#skandal daging kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan