awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses siapkan Mac & Cheese lebih tiga minit, wanita saman syarikat makanan Kraft

Faida Rahim
Faida Rahim
03/12/2022
02:40 MYT
Proses siapkan Mac & Cheese lebih tiga minit, wanita saman syarikat makanan Kraft
Ini bukan kali pertama pembeli Amerika Syarikat menyaman syarikat atas iklan palsu. - Gambar hiasan/Pixabay
FLORIDA: Seorang wanita di Florida menyaman pembuat Velveeta Shells and Cheese yang mendakwa hidangan itu mengambil masa terlalu lama untuk dimasak.
Memetik laporan BBC, Syarikat Kraft memasarkan menu cawan dipanaskan menggunakan gelombang mikro yang menjanjikan menu ‘siap dalam masa 3.5 minit’ namun Amanda Ramirez berkata ia mengambil masa yang lebih lama.
Tuntutan mahkamah sebanyak £4.2 juta (RM22.64 juta) dikenakan selepas penyediaan menu memakan masa dijanjikan 3.5 minit yang diiklankan tidak termasuk proses membuka kantung penutup dan sos, serta menambah air dan proses mengacau.
Namun begitu, syarikat Kraft Heinz Foods menyifatkan tuntutan mahkamah itu sebagai sesuatu yang 'remeh'.
"Kami menyedari tindakan undang-undang yang remeh ini dan akan mempertahankan sekeras-kerasnya dakwaan dalam aduan itu," kata wakil jurucakap syarikat kepada BBC.
Dalam saman itu, yang difailkan di mahkamah Florida bulan lalu, peguam Ramirez mendakwa beliau membayar lebih daripada apa yang ‘diharapkan’.
Sementara itu, syarikat itu diminta 'menghentikan pengiklanan yang mengelirukan' dan 'dibuat untuk terlibat dalam kempen pengiklanan pembetulan'.
Ini bukan kali pertama pembeli Amerika Syarikat menyaman syarikat atas iklan palsu.
Awal tahun ini, seorang lelaki di New York memfailkan saman terhadap McDonald's yang mendakwa iklan mereka menjadikan burger kelihatan lebih besar daripada yang bentuk asal.
Menurut saman itu, burger dalam iklan sekurang-kurangnya 15 peratus lebih besar daripada saiz sebenar.
Pesaing Burger King telah dikenakan tindakan undang-undang yang sama di Florida pada Mac lalu.
Topic Berkaitan
#New York
#saman
#Amerika Syarikat
#Velveeta Shells and Cheese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan