awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Singapura: Rakyat tidak akan lihat perubahan ketara dalam lima tahun

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/07/2020
07:21 MYT
PRU Singapura: Rakyat tidak akan lihat perubahan ketara dalam lima tahun
Johan Saravanamuttu Abdullah memberitahu, prestasi Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat yang bertanding di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) East Coast adalah amat tidak memberangsangkan.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU-18) Singapura yang menyaksikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Long kekal berkuasa memberi gambaran bahawa corak pentadbiran republik itu tidak akan mengalami perubahan ketara untuk lima tahun akan datang.
PAP semalam berjaya memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Menjelaskannya, Felo Kanan Adjung, Nanyang Technological University, Singapura, Profesor Emeritus Dr Johan Saravanamuttu Abdullah berkata, pemimpin generasi empat atau 4GL dilihat memenangi kesemua kerusi yang ditandingkan.
"Meskipun begitu, keputusan itu adalah ujian kepada pemimpin itu kerana keputusan itu secara tidak langsung memberi harapan besar kepada parti pembangkang," katanya kepada Astro Awani di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut Johan Saravanamuttu memberitahu, prestasi Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat yang bertanding di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) East Coast adalah amat tidak memberangsangkan.
Ini kerana katanya, beliau yang dilihat sebagai bakal penganti Hsien Long itu hanya berjaya mendapat 54 peratus undi sahaja.
"Adakah ini akan membawa pemikiran baharu dalam pucuk pimpinan PAP," soalnya.
BACA: PRU Singapura: Kiraan awal menunjukkan PAP kekal berkuasa, menang 83 daripada 93 kerusi
Topic Berkaitan
#COVID-19
#GRC
#Lee Hsien Long
#Nanyang Technological University Singapura
#Parlimen
#Parti Tindakan Rakyat PAP
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan