awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar

Rundingan damai: AS ‘tetap menang’ sama ada Iran capai perjanjian atau tidak - Trump

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
21:10 MYT
Rundingan damai: AS ‘tetap menang’ sama ada Iran capai perjanjian atau tidak - Trump
Trump berkata hasil rundingan itu tidak akan mengubah kedudukan AS. - Foto fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata negaranya akan “tetap menang” tanpa mengira sama ada Iran bersetuju untuk mencapai sebarang perjanjian dalam rundingan yang sedang berlangsung.
Bercakap kepada pemberita di White House, Trump dipetik berkata keputusan rundingan itu tidak memberi kesan kepada kedudukan AS.
“Ia tidak memberi sebarang perbezaan kepada saya sama ada mereka membuat perjanjian atau tidak. Kita menang walau apa pun,” katanya.
Trump turut mendakwa AS telah berjaya menewaskan Iran dari segi ketenteraan, dengan menyatakan negaranya berada dalam kedudukan menang tanpa syarat.
“Kita telah menewaskan negara itu sepenuhnya,” katanya lagi.
Mengulas situasi di Selat Hormuz, Trump mendakwa Iran mungkin telah meletakkan periuk api laut di laluan perairan strategik itu dan berkata tentera laut AS kini sedang menjalankan operasi menyingkirkan periuk api bagi memastikan keselamatan laluan perkapalan antarabangsa.
Dalam masa yang sama, beliau berkata AS tidak menerima bantuan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam menangani isu keselamatan di Selat Hormuz.
Trump juga mengeluarkan amaran kepada China, dengan menyatakan negara itu akan berdepan “masalah besar” sekiranya terbukti menghantar senjata kepada Iran.
Kenyataan tersebut dibuat ketika rundingan dan usaha diplomatik antara AS dan Iran masih diteruskan di tengah ketegangan geopolitik yang berlarutan di rantau Asia Barat.
Topic Berkaitan
#rundingan damai
#Iran
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.