awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan cedera termasuk 26 anggota polis rusuhan di festival budaya Eritrea

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2023
23:15 MYT
Puluhan cedera termasuk 26 anggota polis rusuhan di festival budaya Eritrea
Seorang anggota polis mengawal kawasan di mana tercetus rusuhan susulan festival kebudayaan di Stuttgart, Jerman. - Foto AP
STUTTGART: Puluhan individu dilaporkan cedera termasuk 26 anggota polis di selatan Stuttgart, Jerman, dalam insiden rusuhan ketika sebuah festival budaya Eritrea diadakan di bandar tersebut pada petang Sabtu.
Media tempatan melaporkan kira-kira 200 orang perusuh berkumpul di kawasan luar festival sebelum menyerang pengunjung dan pihak polis, sebaik sahaja festival bermula.
Festival kebudayaan itu bertukar tragedi apabila lemparan batu dan botol menghujani kawasan festival sehingga menimbulkan kekecohan.
Protes tersebut merupakan siri protes terbaharu sewaktu festival kebudayaan Eritrea diadakan di Jerman.
Pada Julai lalu, rusuhan sama berlaku di sebuah festival Eritrea di bandar Giessen, Jerman Barat, mengakibatkan 22 anggota polis cedera.
Memetik laporan APNews, beberapa siri protes tersebut mempunyai hubung kait dengan penolakan migran dari Afrika ke Jerman.
Difahamkan puluhan ribu migran dari Eritrea melarikan diri ke Eropah kerana ramai mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan Eritrea yang dipimpin oleh Isaias Afwerki.
Topic Berkaitan
#festival budaya
#rusuhan
#penolakan migran
#Eritrea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan