awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan

Bernama
Bernama
27/07/2024
15:40 MYT
Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan
Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi. - AP
BANDARAYA GAZA: Beberapa pusat penjagaan utama dan perubatan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza telah ditutup berikutan arahan pemindahan oleh tentera Israel, kata Kementerian Kesihatan di Wilayah Palestin pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kementerian itu memberi amaran bahawa Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, satu-satunya hospital yang masih beroperasi walaupun menghadapi banyak cabaran, mungkin juga akan ditutup, membawa kepada "bencana kesihatan yang pasti."
Ia berkata "peningkatan jumlah orang yang dipindahkan, hidup tanpa akses kepada air dan di tengah-tengah kumbahan dan sisa yang bertimbun, tanpa bekalan kebersihan diri, menjadikan keadaan sesuai untuk penyebaran polio dan penyakit lain."
Menurut statistik terkini daripada pejabat media di Gaza, lebih daripada 1.7 juta orang yang dipindahkan telah dijangkiti penyakit berjangkit akibat pemindahan dan kesesakan.
Kementerian itu menggesa organisasi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dengan segera bagi melindungi institusi kesihatan yang masih ada dan menyediakan sumber serta bekalan yang diperlukan.
Pada awal Sabtu, tentera Israel mengarahkan pemindahan segera dari bahagian selatan Khan Younis, seminggu selepas ia mengeluarkan arahan pemindahan untuk bahagian timur Khan Younis dan memulakan pencerobohan darat baharu.
Tentera Israel telah membunuh lebih daripada 39,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak bermulanya konflik semasa pada bulan Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat perubatan
#Khan Younis
#Gaza
#arahan pengosongan
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan