awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2018
10:53 MYT
Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?
Menurut sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu. - Gambar fail/REUTERS /Amir Levy
Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri 'kehilangan' Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai sejak beberapa minggu lalu termasuk ketika kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.
Setiausaha Agung Parti Kebangkitan Islam, Mohammed al-Mas'ari memetik sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu.
Jelasnya, berita itu didedahkan sumber dalam keluarga diraja sebelum ia tersebar secara meluas di media sosial seperti Twitter.
"Putera Mahkota merancang untuk tampil dalam sidang media bagi menafikan laporan berlaku rampasan kuasa," ujarnya.
Beberapa wartawan melaporkan insiden berbalas tembakan itu berlaku di luar pekarangan istana pada 21 April lalu dan Mohammed turut dipindahkan ke kubu pertahanan bawah tanah di pangkalan tentera berhampiran.
Sebelum ini, media tempatan mendakwa bunyi tembakan itu kononnya kerana pihak istana menembak jatuh dron mainan yang terbang berhampiran kawasan kediaman keluarga diraja tersebut. - Press TV
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#cedera ditembak
#Mohammed Salman
#Putera Mahkota
#Riyadh
#serangan
#tembakan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan