awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Norway tinggalkan istana untuk jadi dukun bersama tunang

Gempak
Gempak
11/11/2022
08:49 MYT
Puteri Norway tinggalkan istana untuk jadi dukun bersama tunang
Loiuse yang merupakan satu satunya anak perempuan dari raja dan permaisuri Norway itu mengumumkan bertunang dengan Varrett pada Jun tahun ini. - Agensi/Gempak
SEORANG puteri dari keluarga diraja Norway, Princess Martha Louise mengambil keputusan meninggalkan istana untuk bersama tunangnya, seorang guru spiritual, Durek Verrett.
Louise malah akan memulakan bisnes perubatan secara alternatif atau menjadi dukun bersama tunangnya.
“Princess Martha Louise tidak akan mewakili istana buat masa ini. Pasangan itu bagaimanapun akan terlibat dengan majlis keraian keluarga tetapi bukan aktiviti berkaitan dengan Royal House of Norway,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana seperti dilaporkan CNN.
Laporan sama menulis, Louise, 51, dan Verrett telah menjalankan beberapa seminar yang menawarkan perubatan dukun sekali gus mengajak para pesakitnya menggunakan ‘kelebihan’ yang dimiliki untuk mengubah dunia.
Verrett juga dikatakan telah menulis sebuah buku dengan judul Spirit Hacking dengan pengisian berkaitan ilmu dukun berharga sekitar RM1, 000.
Ia antaranya mendakwa mampu mengundang roh atau menarik kuasa dari alam lain dan membantu seseorang pulih dari penyakit.
Loiuse yang merupakan satu satunya anak perempuan dari raja dan permaisuri Norway itu mengumumkan bertunang dengan Varrett pada Jun tahun ini.
Sebelumnya beliau pernah berkahwin dengan penulis dari Norway, Ari Behn, namun berpisah pada tahun 2016.
Mantan suaminya itu bagaimanapun membunuh diri pada hari Krismas pada 2019 lalu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Puteri Norway
#jadi dukun
#Princess Martha Louise
#tinggalkan istana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan