awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin tandatangani undang-undang luaskan senarai asas pemecatan pekerja migran - Dokumen

Bernama
Bernama
17/11/2025
22:20 MYT
Putin tandatangani undang-undang luaskan senarai asas pemecatan pekerja migran - Dokumen
Presiden Putin menandatangani satu undang-undang yang meluaskan senarai asas untuk pemecatan warganegara asing, menurut dokumen yang diterbitkan di portal rasmi akta perundangan pada Isnin. - Gambar Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani satu undang-undang yang meluaskan senarai asas untuk pemecatan warganegara asing, menurut dokumen yang diterbitkan di portal rasmi akta perundangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Undang-undang itu meluaskan asas untuk menamatkan kontrak pekerjaan terhadap warganegara asing, termasuk kes majikan diwajibkan mengurangkan jumlah pekerja asing selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh entiti konstituen dalam Persekutuan Rusia, seperti yang diguna pakai di bawah undang-undang persekutuan.
Sejak 2014, wilayah Rusia mempunyai hak untuk mengenakan sekatan terhadap pengambilan pekerja asing yang memasuki Rusia dengan visa dan majikan diwajibkan mengurangkan jumlah pekerja asing selaras dengan langkah itu.
Pelanggaran peraturan wilayah sedemikian boleh membawa kepada denda tinggi sehingga 1 juta rubel (AS$12,300) atau penggantungan operasi.
Undang-undang buruh sedia ada bagaimanapun tidak menetapkan larangan wilayah sebagai asas untuk menamatkan kontrak pekerjaan.
Undang-undang baharu itu memasukkan sekatan wilayah ke dalam senarai asas bagi pemecatan warganegara asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#undang-undang
#pecat pekerja imigran
#akta perundangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan